Sloth Bahasa Melayu Wikipedia

Sloth Bahasa Melayu Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sloth (Jawi: ‏سلوث‎‎) merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berjari kaki dua) dan Bradypodidae (sloth berjari kaki tiga), sebahagian order Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.Serta sloth bergerak secara perlahan-lahan.

Perkataan ini merupakan pinjaman kata bahasa Inggeris yang sendirinya bermaksud "kemalasan" (sinonim lain: laziness),[1] ia kata kembar slow "perlahan".[2]

Haiwan-haiwan ini dalam superorder mamalia berplasenta Xenarthra yang mula wujud di benua Amerika Selatan sekitar 60 juta dahulu.[3]

Terdapat dua superfamili dalam suborder Folivora yang masih terselamat dan berterusan wujud pada hari ini:[4]

Haiwan ini hanya mampu bergerak seperlunya pada kelajuan purata 4 meter seminit dan 4.5 meter paling laju menjauhi pemangsa di dedahan pokok; di tanah pula kelajuan ini mengurang kepada 3 meter (9.8 ka) seminit. Sloth berjari dua lebih cepat bergerak di antara pohon-pohon berbanding sloth yang berjari tiga.[10]

Genus Folivora ini mampu berenang dengan baik menggunakan tangan panjang, ia mampu mencapai kelajuan sebanyak 13.5 meter seminit[11] menyeberangi sungai dari satu daratan atau pulau ke satu daratan yang lain.[12]

Sloth memakan daun Cecropia.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beruang Sloth (Melursus ursinus) ialah satu spesies beruang arboreal, nokturnal dan insektivor yang berasal dari subbenua India.